Followers

Thursday, 25 August 2011

Aku dapat membaca hatimu

Ku fahami coretan katamu
Yang kau papar di kanvas dirimu
Adalah limpahan airmata rindu
Kerana hatimu bergolak keliru

Ku lihat disebalik pelangi hatimu
Lakaran tentang cerita cintamu
Yang kau sembunyikan tak siapa tahu
Terbiar disana mengamit pilu

Ku tunggu saat jujurmu
Melukis potret pedih rasamu
Agar mampu kubisikkan padamu
Telah kubaca rahsia hatimu

Ku puisikan ini untukmu
Kerana ku mahu kau tahu
Kisah sedih itu biarkan lalu
Usah dinanti terluka disitu

Usah ragu tentang niatku
Bukan kumahu memilik cintamu
Kerana kutahu tentang hatimu
Maka kuhormati apa mahumu

No comments:

Post a Comment